Sunday, November 30, 2008

Gout -- Laluan Saya

Sebarang penyataan oleh Nabi.s.aw. sangat revolusioner sifatnya. Sarannya wajar digali. "Perut rumah penyakit, diet ubat paling utama" Bermaksud cari ubat daripada diet dahulu. Bila di gali-gali dan gali amat bayak perubatan alternatif muncul macam cendawan dengan berbagai-bagai nama. Kita naik binggung dibuatnya kalau kita mempunyai asas. Munkin dua buku berikut boleh membantu kefahaman kita.
a. What Your Doctor Dosen't Know About Nutritional Medine May Be Killing You'
b. Pescription The Nomber 2 killer" kedua-duanya oleh Ray.D.Strand,MD
Berbalik tentang gout. Bila menyerang "teramat sangat sakitnya". Kerana itulah ramai yang saya berkongsi tak tahan dan prefer mengambil 'injection' sahaja. Saya amat takut akan risiko kesan sampinganya. Saya cuba bertahan dan ikut cycle kesakitan berpanjang hingga 7 - 10 hari. Perbezaan mengambil 'food supplement' cycle itu jadi pendek. 2-3 hari hilang. penyembuhannya cepat. Serangan gout lebeh jarang berbanding sabelum. Saya amat seronok dan terus mengali tentang ' keadah nutrition. Kata orang amat berbaloi. Terhindar kekerapan mengambil 'injection' Sekarang ini apabila gout hendak menyerang saya dah tahu cara-cara mengelakkan. Kalau mengikut kaedah nutrition yang saya faham kita mampu "reverse the cause". Tentang gout ini saya nak berkongsi beberapa maklumat mungkin bermanafaat. Ramai arif puncanya tapi mungkin tersalah pandang.
1. Punca utama gout adalah "food based" iaitu akibat daripada makan-makanan tertentu. Diantaranya kekacang, makanan yang banyak kandungan purine. Mengapa kerana ia tingalkan asid urik sebagai produck sampingan; umpamanya 'red meat'; ikan bilis, tomato. Difahamkan danging mengandungi asid urik paling tinggi. Satu keping mengandungi hingga 14 grain asid urik.Manakala badan hanya boleh menyingkir lebih kurang 8 grain asik urik sehari.
2. Apa yang dikatakan sebagai "Metabolic disorder". Ini kerja-kerja halus sel-sel. Kegagalan untuk menyingkiringkirkan menyebabkan pernimbuhan asid urik dalam badan yang diperolehi daripada diet. Kerja-kerja metabolisma ini berbeza-beza, ada kawan gout saya kata dia tak boleh makan cili bila bayak sikit dia dapat. Pilikkan? Saya pula cili ok, tapi dah cam bila makan sardin, tomato, kacang dal dulu dalam tempoh 6 jam saya diserang gout. Jadi berhati-hati gout saya secara metobilismanya tak sama dengan gout anda. Hanya anda yang tahu punca gout sendiri. Tuhan dijadi kita sama TETAPI tak serupa. Ini memang benar kerana "Your nutritional needs are as individual as your fingerprints" dan "Your health is dependent on the quality of nutrition you choose".
3. Makan tak seimbang; umpamanya kekurangan vitamin B5. B5 diperlukan untuk proses penukaran/pengusiran urik asid melalui kidney keluar melalui air kencing. Kekurangan vitamin E pelindungan sel dari pecah. Kekurangan 'protein lengkap'. (Ada perbezaan antara protein lengka dan yang tak lengkap kerana proteinyang tak lengka mengandungi 'glycerine' ia mudah ditukar kepada asid urik.) Memang betullah kalau kita dengan orang mengatakan 'oh saya tak boleh makan protein. Proses ini berlaku secara semulajadi jika sel-sel mengandungi zat galian dan vitamin. Urik asid boleh bertambah bila stress berlaku. Kajian mendapati bahawa urik asid bertambah hingga 18 kali atas paras biasa. Sewaktu stress terlalu banyak enzim, vitamin , zat serta bahan minyak dalam kumpulan gamma lenolineic dan alpha lenolineic acid habis digunakan. Ianya perlu digantikan. secara berkala.
4. Kekurangan air. Mungkin anda boleh menyatakan perananya. Menghanyutkan asid urik keluar melalui air kencing. Sebab itu sewaktu saya dalam hospital doktor paksa minum berbotol air kalau tak mahu dimasukkan drip. Anehnya di hospital semua kita patuh bila dirumah liat.
5. Punca-punca Psychomotic - emotional, munkin stress dan berbagai. Tapi peratusnya amat kecil.
Apa yang ambil adalah seperti berikut: tapi ada yang ambil satu dua dah mencukupi. Tertakluk pada keadaan.
a. Energizing Soy Protein - untuk membina kembali sel-sel, organ,

b. B complex - keprluan metabolisma, juga sebagai anti stress.

c.Sustained Release Vita-C - membina collegen serta lindungi sel, tingkatkan kuasa sembuh

d. Vita-Lea - sebagai 'insuran' zat-zat galian yang munkin kurang yang diperlukan badan

e. Essential Omega -3 Complex (EPA) - kurangkankan tahap kolesterol, triglycride, kurangkan tekanan darah tinggi, membantu keradangan (inflammation)

f. Alfalfa - membantu mencuci buah pinggang, menbantu atasi sakit sendi-sendi

g. GLA Complex - penting dalam fungsi hormon badan.

h. Herb -Lax -- untuk pemberisahan usus. Masaalah sampingan orang gout.

i. Vita-E 400 IU - melindungi selaput sel dari dimusnahkan.

j. Zinc - penting dalam proses system imune dan motablisma protein.

k. Fiber - membantu mengawal berat badan, pembuangan kolesterol, untuk kesihatan jantung.

Friday, November 28, 2008

Kesakitan suatu hikmah.

Sesuatu yang kita suka atau tidak adalah tentang PERUBAHAN. Ramai dikalangan kita tak mahu berubah (resist change). Sakit datang kerana bersebab (cause and effect). Nabi s.a.w. pernah bersabda "PERUT ITU RUMAH PENYAKIT DIET ITU UBAT PALING UTAMA" Hadis Sahih Muslim dari kitab Ilmu Perubatan Kesufian. Bila di fikirkan secara holistik memang benar apa yang nasihatkan oleh Nabi s.a.w. cuma ramai kita tersalah pandang. Mengapa tidak kita kembali ke pangkal jalan. Segala kejayaan termasuk kesihatan bermula 'with the right information'. Itulah matlamat saya. Apa pula pandangan Anda?

Monday, November 17, 2008

Perjumpaan dengan Shaklee

Saya memang tidak pernah mengambil sebarang bentuk vitamin kerana waktu tu saya seorang askar dan dengan bergitu banyak latihan lasak saya fikir saya sehat. Sewaktu didalam perkhidmatan saya diberitahu menghidapi 'gout' .... selepas sara bersara masalah saya bertambah kronik. Seranagn gout sangat kerap. Jalan paling mudah ambil pain killer. Saya sedar akan kesan sampingannya.. kerosakan buah pinggang. Saya bertekat tingalkan mengambil pain killer dan cuba mencari perubatan alternatif. Saya berbekam, ubat kampong, urut, akupunktur, dan berbagai pemakanan kesihatan, pantang dengar ubat itu dan ini. Ada yang ok tapi tak bertahan lama, penyakit datang kembali. Cuba yang lain pula sarupa juga. Yang terdapat sadikit perubahan dengan berbekam tapi saya menjadi pucat kerana kerap berbekam. Bergitulah keadaannya. Bila tak tahan sangat as last resort saya kembali ambil injection/pain killer. Saya memang nekat untuk mencari perubatan alternatif. Ubat hospital sekadar bertahan semata-mata. Doktor pula kata "gout no cure". Mengikut ajaran kita satiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali penyakit mati. Saya terus mencari dan akhirnya bertemu dengan Shaklee.

Saturday, November 15, 2008

Baru belajar

Hari ni saya baru belajar hendak menulis blog. Orang nampak kekuatan saya kerana saya suka membaca dan menulis maka eloklah dikongsi bersama. Mungkin berguna dan boleh dimanafaatkan oleh orang lain. Bila membaca blog mereka sangat seronok. Boleh kongsi pengalaman dan maklumat. Dari segi maklumat masaallah amat banyak kadang2 bingung di buatnya. Saya fikir itulah cabaran kita. Saperti kata saorang proffesor yang saya ikuti " maklumat itu bukan ilmu, ia menjadi ilmu sekiranya kita dapat menggunakannya". Tuhan menaikkan taraf orang yang berilmu serta mengamalkannya. Kalau kita ikuti perkembangan dunia pula dimana-mana sahaja malah di serata cerok bercakat tentang -- PERUBAHAN. Kita dipenuhi dengan satu bentuk peperangan - peperangan minda. Lihat dan renongi apa yang berlaku di sekeliling kita. Didalam negara kita atas kepentingan tertentu sesuatu yang kelihatannya tidak seharusnya timbul ditimbulkan semula. Dalam hal2 agama amat ketara sekali fatwa di persoalankan. Kemana arah tuju kita sabenarnya?