Monday, November 17, 2008

Perjumpaan dengan Shaklee

Saya memang tidak pernah mengambil sebarang bentuk vitamin kerana waktu tu saya seorang askar dan dengan bergitu banyak latihan lasak saya fikir saya sehat. Sewaktu didalam perkhidmatan saya diberitahu menghidapi 'gout' .... selepas sara bersara masalah saya bertambah kronik. Seranagn gout sangat kerap. Jalan paling mudah ambil pain killer. Saya sedar akan kesan sampingannya.. kerosakan buah pinggang. Saya bertekat tingalkan mengambil pain killer dan cuba mencari perubatan alternatif. Saya berbekam, ubat kampong, urut, akupunktur, dan berbagai pemakanan kesihatan, pantang dengar ubat itu dan ini. Ada yang ok tapi tak bertahan lama, penyakit datang kembali. Cuba yang lain pula sarupa juga. Yang terdapat sadikit perubahan dengan berbekam tapi saya menjadi pucat kerana kerap berbekam. Bergitulah keadaannya. Bila tak tahan sangat as last resort saya kembali ambil injection/pain killer. Saya memang nekat untuk mencari perubatan alternatif. Ubat hospital sekadar bertahan semata-mata. Doktor pula kata "gout no cure". Mengikut ajaran kita satiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali penyakit mati. Saya terus mencari dan akhirnya bertemu dengan Shaklee.

No comments: